Saturday 3 December 2011

Projek Akan Datang pada Mac 2011

Projek Tanaman Cili Akan Bermula Pada MAc 2012
Anak benih cili Kulai berusia 4 minggu
Sementara menunggu musim munsun berakhir, saya cuba menanam sedikit pokok cili  di sekeliling kawasan rumah.

Cubaan untuk mencari benih baik.

Thursday 7 July 2011

Dugaan dan Menguji Kesabaranku


Miggu ini sahaja sudah dua kali kecurian.

Digeledah dan disepahkan.....

Tuesday 5 July 2011

Kurang Selesa

Hari ini kurang mood dan dan hati masih panas selepas barang-barang kebun dikebas pencuri pada hari Jumaat lalu.Sepatutnya pagi  Sabtu lalu dah mula membuat kerja-kerja pemasangan plastik penutup batas, tapi apakan daya semua barang untuk tujuan itu termasuk baja, racun dan bateri untuk menjana elektrik lesap.

Hati panas, dan bisul di punggung pulak dah hampir meletup, itu yang terasa tidak selesa sangat.

Friday 1 July 2011

Warga Emas Hilang

Pagi hari lagi saya sudah sampai di kebun.Hari ini saya terkejut melihat ramai anggota bomba dan penyelamat termasuk anggota polis, siap dengan anjing pengesan berada berhampiran kebun saya. Saya ingatkan ada pesawat yang terhempas di kawasan ini, maklumlah tempat ini adalah laluan pesawat tentera dan MAS.Setelah bertanya anggota bomba terbabit, rupa-rupanya ada warga emas yang hilang di kawasan ini, dan beliau adalah ibu mertua kepada jiran kebun saya. Tanpa berlengah saya juga turut serta dalam misi pencarian, membantu setakat yang mampu. Alhamdulillah akhirnya beliau dijumpai selamat oleh seorang penduduk berhampiran, setelah lebih kurang 24 jam hilang.



Sunday 26 June 2011

Batas siap di"rotor"


Kerja merotor batas siap. Esok kerja-kerja menabur baja seterusnya memasang dripline dan menutup dengan plastik akan dilakukan.

Wednesday 22 June 2011