Friday, 27 May 2011
Tuesday, 24 May 2011
Farming For Food vs Farming For Profit
Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak (tenggala) sebanyak tiga kali.
Biarkan selama sebulan sebelum memindahkan anak pokok.
Kos untuk fasa ini adalah RM150.00
Sementara itu bolehlah sediakan tapak semaian dan mula menyemai benih.
Dalam projek ini tanaman yang dipilih adalah Terung Mini, yang mana tempoh semaian adalah 3 hingga 4 minggu.
Lain-lain kerja yang boleh dibuat seperti mencari sumber air bawah tanah, penyediaan tangki takungan dan lain-lain yang berkaitan.
Jika boleh dirikanlah pondok supaya senang mengumpul dan mengelaskan hasil nanti.

PROFIT FARMING ( PERTANIAN MENGUNTUNGKAN)
Ramai yang tidak yakin samada bidang pertanian boleh membawa keuntungan atau tidak. Dalam blog ini, saya cuba membuktikan keuntungan boleh diperolehi malah titik pulang modal juga adalah cepat dan margin untung adalah tinggi. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah mengikut urutan dalam projek ini.
Bagi saya jika kita inginkan pendapatan yang luar biasa, kita juga harus bekerja secara luar biasa, ini tidak bermakna kita harus bekerja kuat sepanjang masa, maksud saya kita mestilah mempunyai disiplin kerja yang tinggi dan seperti kebiasaan kata orang "work smart" bukan work hard.
Maksud kerja secara luar biasa di sini, dalam bidang pertanian ini, sebagai contoh: dulu kita lihat petani menggunakan kerbau untuk membajak tanah pertanian mereka, menggangkut air dari suber air parit atau tasik dengan menggunakan tong dan atau baldi, kemudian menyiram tanaman mereka dengan menggunakan tenaga empat kerat. Ini satu kerja yang lambat dan memenatkan. Kita mesti keluar dari kebiasaan ini. Kita mesti menggukan teknologi baru yang lebih efisyen, pantas dan menjimatkan masa dan tenaga. Dalam projek ini saya akan tunjukkan apakah yang dimaksudkan dengan teknologi baru dalam pertanian ini. Kita juga harus menyediakan diri kita dengan ilmu pertanian yang secukupnya supaya kita benar-benar tahu apa yang kita buat, tidak secara semborono atau hentam keromo sahaja. Sejak kebelakangan ini ramai yang bercerita mengenai fertigasi hydrophonic,aerophonic dan sebagainya yang mana kadangkala indah khabar dari rupa.Ramai yang begitu ghairah untuk melabur dalam teknik penanaman sebegini, dan akhirnya keciwa kerana pulangan yang tidak memberansangkan jika dibandingkan dengan kos yang telah dibelanjakan.
Kita harus bijak memilih kaedah yang mana paling sesuai dengan kos yang rendah dan membawa pulangan yang tinggi. Kalau tanah pertanian kita begitu subur, mengapa perlu kita menggunakan polibeg yang banyak dan menggunakan medium sabut, membeli bergulung-gulung polipaip,bergulung-gulung plastik silvershine, memasang beribu dripper, membeli baja yang mahal dan jika dijumlahkan modal untuk seekar boleh mencecah RM50K.
Kita boleh menggunakan kaedah tersebut jika kita sudah ketiadaan tanah yang subur, atau kita berada di tanah yang tandus seperti padang pasir atau di gurun sahara sana.Tidak hairanlah teknik fertigasi dalam polibeg ini dipelopori oleh orang mesir purba dan kemudian dikembangkan pula oleh orang Is**el, kerana mereka ketiadaan tanah.
Kita ada tanah yang subur, marilah kita menggunakan sepenuhnya sumber yang ada ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)