Sunday, 26 June 2011
Batas siap di"rotor"
Kerja merotor batas siap. Esok kerja-kerja menabur baja seterusnya memasang dripline dan menutup dengan plastik akan dilakukan.
Wednesday, 22 June 2011
Baja Organik (Baja Kompos)
Baja kompos yang pernah saya gunakan untuk tanaman cili. Semua ini ada 700 guni @35kg/guni @24500kg @24.5tan
Monday, 20 June 2011
Menabur Baja Kompos
Hari ini kerja-kerja menabur baja kompos diteruskan. Agak meletihkan kerana tugas ini dilakukan berseorangan.
Setelah siap menabur baja kompos dan baja subur barulah tanah digembur halus, dan proses ini juga akan mengadukkan baja dengan tanah supaya rata dan sekata.
Setelah siap digembur kerja-kerja pemasangan drip tape dan plastic mulching akan dilakukan.
Oleh kerana sukar mendapatkan baja kompos yang belum diproses, saya terpaksa menggantikan dengan baja kompos pellet yang diproses untuk percubaan.
Harganya agak mahal sedikit tapi mudah diuruskan, kurang bau busuk dan kurang gatal. Harap-harap kesannya dapat menyaingi baja yang belum diproses.
Selepas tabur baja ni kena tunggu sekurang-kurangnya 14 hari baru boleh pindah anak pokok.
Inilah contoh baja yang saya gunakan. Berat 50kg dengan harga RM35.00 seguni.
Sunday, 19 June 2011
Menabur Baja Kompos
Hari ini kerja-kerja menabur baja kompos dilakukan ke atas semua batas.
Sebelum memasang dripline dan menutup batas baja subur NPK15,15,15 dan baja buah 12,12,17 ditabur ke atas batas dengan nisbah 2:1 sebanyak 100kg/ekar.
Sebelum memasang dripline dan menutup batas baja subur NPK15,15,15 dan baja buah 12,12,17 ditabur ke atas batas dengan nisbah 2:1 sebanyak 100kg/ekar.
Thursday, 16 June 2011
Wednesday, 15 June 2011
Bajak kali ke dua
Keluasan tanah: 1 ekar
@43,560 kaki persegi
@10 rantai
@2x5 rantai
@132'x330'
Untuk makluman, satu rantai bersamaan 66 kaki. Orang tua-tua dulu memang suka guna sukatan rantai ni.
Panjang batas maksima untuk tanaman dalam projek ini ialah 300 kaki, baki lainnya adalah untuk laluan memungut hasil. Jadi untuk perkiraan drip tape adalah seperti berikut.
Kos dalam proses ini adalah:
Membuat batas= RM150.00
Baja Kompos = RM 35x4 @RM140

300'x25 batas = 7500 kaki panjang.
Segulung drip tape berukuran 7550 kaki. Dalam projek ini memadai beli segulung sahaja.
Harga bagi segulung drip tape adalah RM700.00
Tujuan bajak kali kedua ini dalah untuk menggemburkan lagi tanah dan membuat batas. Setelah dibuat batas, baja kompos atau baja ayam ditaburkan dengan rata di setiap batas. Kalau ada hujan masa ni lagi bagus, baja akan meresap ke dalam tanah.
Harga bagi segulung drip tape adalah RM700.00
Tujuan bajak kali kedua ini dalah untuk menggemburkan lagi tanah dan membuat batas. Setelah dibuat batas, baja kompos atau baja ayam ditaburkan dengan rata di setiap batas. Kalau ada hujan masa ni lagi bagus, baja akan meresap ke dalam tanah.
Kos dalam proses ini adalah:
Membuat batas= RM150.00
Baja Kompos = RM 35x4 @RM140
Subscribe to:
Comments (Atom)