Hari ini kerja-kerja menabur baja kompos diteruskan. Agak meletihkan kerana tugas ini dilakukan berseorangan.
Setelah siap menabur baja kompos dan baja subur barulah tanah digembur halus, dan proses ini juga akan mengadukkan baja dengan tanah supaya rata dan sekata.
Setelah siap digembur kerja-kerja pemasangan drip tape dan plastic mulching akan dilakukan.
Oleh kerana sukar mendapatkan baja kompos yang belum diproses, saya terpaksa menggantikan dengan baja kompos pellet yang diproses untuk percubaan.
Harganya agak mahal sedikit tapi mudah diuruskan, kurang bau busuk dan kurang gatal. Harap-harap kesannya dapat menyaingi baja yang belum diproses.
Selepas tabur baja ni kena tunggu sekurang-kurangnya 14 hari baru boleh pindah anak pokok.
Inilah contoh baja yang saya gunakan. Berat 50kg dengan harga RM35.00 seguni.
No comments:
Post a Comment