Thursday, 7 July 2011
Tuesday, 5 July 2011
Kurang Selesa
Hari ini kurang mood dan dan hati masih panas selepas barang-barang kebun dikebas pencuri pada hari Jumaat lalu.Sepatutnya pagi Sabtu lalu dah mula membuat kerja-kerja pemasangan plastik penutup batas, tapi apakan daya semua barang untuk tujuan itu termasuk baja, racun dan bateri untuk menjana elektrik lesap.
Hati panas, dan bisul di punggung pulak dah hampir meletup, itu yang terasa tidak selesa sangat.
Hati panas, dan bisul di punggung pulak dah hampir meletup, itu yang terasa tidak selesa sangat.
Friday, 1 July 2011
Warga Emas Hilang
Pagi hari lagi saya sudah sampai di kebun.Hari ini saya terkejut melihat ramai anggota bomba dan penyelamat termasuk anggota polis, siap dengan anjing pengesan berada berhampiran kebun saya. Saya ingatkan ada pesawat yang terhempas di kawasan ini, maklumlah tempat ini adalah laluan pesawat tentera dan MAS.Setelah bertanya anggota bomba terbabit, rupa-rupanya ada warga emas yang hilang di kawasan ini, dan beliau adalah ibu mertua kepada jiran kebun saya. Tanpa berlengah saya juga turut serta dalam misi pencarian, membantu setakat yang mampu. Alhamdulillah akhirnya beliau dijumpai selamat oleh seorang penduduk berhampiran, setelah lebih kurang 24 jam hilang.
Subscribe to:
Comments (Atom)