Friday, 1 July 2011

Warga Emas Hilang

Pagi hari lagi saya sudah sampai di kebun.Hari ini saya terkejut melihat ramai anggota bomba dan penyelamat termasuk anggota polis, siap dengan anjing pengesan berada berhampiran kebun saya. Saya ingatkan ada pesawat yang terhempas di kawasan ini, maklumlah tempat ini adalah laluan pesawat tentera dan MAS.Setelah bertanya anggota bomba terbabit, rupa-rupanya ada warga emas yang hilang di kawasan ini, dan beliau adalah ibu mertua kepada jiran kebun saya. Tanpa berlengah saya juga turut serta dalam misi pencarian, membantu setakat yang mampu. Alhamdulillah akhirnya beliau dijumpai selamat oleh seorang penduduk berhampiran, setelah lebih kurang 24 jam hilang.



No comments:

Post a Comment